Tuesday, October 1, 2013

strategi berniaga

Sebenarnya, "Kita" semua telah sedar bahawa berbisnes @ berurusan secara online telah menjadi sangat-sangat popular masa kini. (Wow, ayat mcm nak mengarang karangan SPM subjek BM jerk), kiki.

Apa kata kita jadikan ruangan online ini sebagai satu perniagaan.

1. Mulakan perniagaan.

- Biasalah, jika mulakan perniagaan mestilah berkait dengan modal. Cuba bermodalkan apa yang anda MAMPU SHJ. Jangan sesekali memberanikan diri untuk sesuatu yang anda sendiri tidak yakini. TAPI INGAT, jangan mudah mengalah. Setakat tak untung setahun daripada bermula perniagaan, itu dah biasa dialami oleh mana-mana sahaja peniaga. Jangan takut kegagalan.

2. Untung yang minima

Jangan terlalu mengharapkan keuntungan berlipat ganda. Perlulah diingatkan bahawa konsep BERURUSNIAGA adalah kejujuran. Kualiti produk dan harga adalah jaminan dan keyakinan terhadap anda.

3. Produk jualan

Anda perlulah bijak mencari pemborong atau pembekal. KEJUJURAN adalah asas utama. Dengan duit yang tak seberapa ada dlm akaun, pastilah kita tak nak sesekali kerugian. Carilah peluang dengan bijak.

4. Tawakal

Mulakan perniagaan. War-war kan bisnes anda. Tapi anda kena ingat, di belakang sana ramai yang gelakkan anda. NO HAL. Ini akan mengajar anda lebih banyak pengalaman.

Nasihat saya : Anda mampu melakukannya kerana anda percaya dan berkayakinan dengan diri anda.  Berdoa pada Allah dan percayalah pada rezeki yang telah ditetapkan oleh NYA. Sesungguhnya, DIA maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

~~~~~~~
 
(**Ingin BORONG baju kurung siap + manik pada harga borong dan jubah muslimah, Whatsapp 013 6542336, tak kira berapa helai semua pada kurang dari RM95.00) 

No comments:

Post a Comment