Tuesday, October 1, 2013

biodata saya seorang peniaga online

Kedai.ambo telah bermula pada 2012 lagi cuma setakat menjual sendiri-sendiri sahaja.

2019, 
target kita nak 1000 orang dropship under brand kedai.ambo.

Bagi mereka yang baru nak bermula berniaga, apa yang perkara pertama saya lupa buat adalah :-

(1) saya lupa menjumlahkan target jualan saya

(2) saya lupa menjumlahkan sasaran jualan saya

(3) saya lupa menjumlahkan berapa tahun lagi sasaran utama.

Sebagai seorang peniaga yang inginkan sale 1 juta (sekurang-kurangnya *wujudkan target anda), anda mesti letakkan numbers dlm setiap perkara,
Disitu anda akan nampak result "kedai" anda.

------------------------------------------
Febuari 2019

Tajuk : Siapa saya??

Saya cuma seorang yang sedang berusaha untuk menjadi sebahagian daripada yang mendapat sale 1 juta sebulan. 

kata mentor, hidup ini mesti ada target yang ditulis, dicatat, diulang-ulang mencatat dan dinyatakan menerusi penulisan.

saya seorang multipurpose, pekerja fulltime, peniaga online, isteri, ibu & anak. Masa saya sgt terhad. 

Bagaimana saya cuba menghadkan masa untuk diri sendiri ??

pertama, saya keluar dari minat saya. saya seorang yang minat novel dan juga meminati menjahit. 2 perkara ini menyebabkan saya mengambil masa yang sangat lama untuk menghabiskan/ menyiapkannya.

keluar dulu. buang dulu minat tersebut.

buang ayat org cakap, 
"dh hidup ni strugle sgt, untuk diri sendiri apa kau dapat???"

apa yang bakal dapat lebih penting dari apa yang kau dapat.

set dalam minda, positif dalam minda, apa yang bermula mesti ada penghujungnya kejayaan.
paling tak dapat, aim satu hari nanti saya akan buat umrah setiap bulan bersama orang yang tersayang.

ingat mudah ker berniaga online? deal dengan org melalui screen handphone sahaja. yang langsung setiap org tidak mengenali asal- usul kita secara dekat.

sangat tak mudah.
pernah saya ditanya, saya bank in duit kpd awak setiap bulan biarlah dapat brgnya pada akhir nanti yer. 

senyum. walau dia tak nampak pun kita. senyum. bila senyum, text reply kita juga akan turut tersenyum, tidaklah kita menjawab dengan panas hati dan mengikut perasaan. kan kita nak berniaga kan. senyumlah.

Tapikan, honestly saya cakap, bila kita tak punya banyak masa atau masa terlalu pantas, banyak benda nak buat tapi xada masa, sebenarnya kita tak mampu nak kawal emosi. 

saya pun sama. ini cabaran seorang online seller. supportlah kami kerana menjadi yang berjaya itu impian kami. 

  ---------------------------------